Tuesday, August 11, 2009

MyIDEAS

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman Y.Bhg. Dato’/Dr./Tuan, satu sistem bank idea iaitu MyIdeas yang merupakan satu inisiatif kerajaan bagi menyediakan platform perkongsian idea kreatif dan inovatif di kalangan orang awam telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 8 Julai 2009. MyIdeas dengan tema “One Malaysia, One Million Ideas” merupakan salah satu agenda promosi bagi Tahun Kreativiti dan Inovasi 2010. Lima kumpulan sasaran utama bagi projek MyIdeas adalah komuniti sekolah, komuniti wanita, komuniti belia, komuniti desa dan luar bandar serta komuniti kumpulan harapan.

3. Sehubungan dengan itu, sebagai permulaan bagi menggalakkan penggunaan portal MyIdeas di kalangan orang awam termasuk kakitangan awam, Kementerian ini berbesar hati sekiranya link kepada alamat portal MyIdeas
www.myideas.my diletakkan di portal rasmi Agensi Y.Bhg. Dato’/Dr./Tuan. Link ini didapati masih belum dipaparkan di portal rasmi Agensi Y.Bhg. Dato’/Dr./Tuan.

4. Kerjasama pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/Dr. dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekiranya pihak Y.Bhg. Dato’/Dr./Tuan mempunyai sebarang pertanyaan, soalan bolehlah dikemukakan ke
myideas@mosti.gov.my .

Sekian, terima kasih.

The MyIdeas Team

www.myideas.my

No comments:

Post a Comment